ANDA PENGGUNA KAD KREDIT?? JIKA YA, TAHUKAH ANDA bahawa Lebih 10 juta pengguna kad kredit di negara ini mempunyai jumlah tunggakan RM24.4 bilion tetapi hanya 30% daripada mereka membayar balik baki penuh setiap bulan. Statistik Bank Negara Malaysia (BNM) sehingga Mac 2009 itu juga menunjukkan pinjaman melalui kad kredit menguasai 6.1 peratus daripada jumlah pembiayaan institusi perbankan. Pengiraan secara statistik menunjukkan sekiranya seseorang itu berhutang RM1,000 melalui kad kredit dan cuma membuat bayaran minimum lima peratus (5%) setiap bulan, dia mengambil masa lima tahun lapan bulan untuk melangsaikan hutangnya termasuk kadar faedah. Kajian juga menunjukkan pengguna kad kredit cenderung untuk berbelanja 17 peratus lebih daripada individu yang berurusan menggunakan wang tunai.
(Dipetik Daripada Akhbar Berita Harian (24/07/2010)
(Klik Disini Untuk Artikel Penuh)
_________________________________________________________________
"........Sementara itu, Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil menjelaskan, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh pihaknya, golongan berusia 35 hingga 44 tahun antara yang paling banyak berdepan dengan pengisyti-haran muflis. "Ia boleh menjadi sesuatu yang perlu dibimbangkan dan diberi perhatian memandangkan mereka termasuk dalam golongan usia produktif," jelasnya kepada Kosmo!. Statistik Jabatan Insolvensi Malaysia mendapati, sebanyak 191 orang daripada kelompok usia 35 hingga 44 tahun muflis, manakala 156 orang antara usia 45 hingga 54 tahun. Tidak ketinggalan 145 orang dalam kalangan usia 25 hingga 34 tahun turut muflis pada tahun 2008........."
![]() |
(Dipetik Daripada Akhbar KOSMO! |
Sedutan Buletin Utama TV3 (02 Mac 2011) |
__________________________________________________________________

(Keratan Akhbar Berita Harian (24 Julai 2010)
Hmmm... gerun juga apabila melihat sedutan Buletin Utama dan membaca artikel daripada akhbar ini bukan? Oleh itu, persoalannya sekarang, tanyalah diri anda sendiri, dimanakah 'kedudukan/situasi' pengurusan hutang kad kredit anda sekarang??? Jika anda tergolong di dalam kelompok 30% pengguna kad kredit yang berjaya melunaskan hutang anda, SYABAS saya ucapkan. TETAPI, jika sebaliknya pula, 'LANGKAH SUSULAN' perlu dilakukan segera bagi mengelakkan anda daripada disenaraihitamkan (Blacklisted) oleh Bank Negara, disenaraikan di dalam CCRIS, CTOS dan lebih dasyat lagi diisytiharkan MUFLIS!!. Justeru, tak perlulah saya bercerita panjang lebar kesan sampingan akibat kegagalan membayar @ mengurus hutang kad kredit dengan baik kerana saya yakin anda semua telah sedia maklum tamparan serta impak negatif mengenainya. Semakin jelas bahawa Penyelesaian Hutang Kad Kredit bukanlah satu isu kecil yang perlu dipermainkan tetapi jika dibiarkan berlarutan, masalah lain bakal timbul di dalam rutin harian anda.
Untuk makluman anda, terdapat banyak kaedah yang boleh dilakukan bagi mengurus-kan hutang kad kredit anda. Salah satu kaedah penyelesaian hutang kad kredit yang PALING EFEKTIF, PRAKTIKAL & SANGAT EFISYEN adalah dengan menggunakan perkhidmatan yang dikenali sebagai 'EASY PAYMENT PLAN' (EPP).









